gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEGAWAI DAN KAKITANGAN SPHERE SCURE SERVICES SDN.BHD , SEKOLAH AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM DAN SYARIKAT HAJI AWANG PUNGUT SDN.BHD DIIKHTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Rabu, 11hb Februari 2026 – Seramai 12 orang kakitangan dari Sphere Scure Services (S3) , Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Syarikat Haji Awang Pungut telahpun mengikuti kursus Fire Marshal yang telah dijalankan selama 03 hari bertempat di Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Berakas yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘F’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan, memperkukuh koordinasi pelan kecemasan, serta memberi penekanan terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja. Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada tatacara menyelamatkan mangsa semasa kebakaran, di samping memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal dalam memastikan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis sentiasa dalam keadaan baik dan dipantau secara berterusan.