BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 November 2026 – Seramai 23 orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah diraikan dalam Majlis Penghargaan bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang Bersara bagi Tahun 2025.
Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Majlis penghargaan ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas segala khidmat bakti, sumbangan serta komitmen yang telah dicurahkan oleh para pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada kerajaan, khususnya dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan jabatan masing-masing.
Penyertaan pesara daripada JBP dalam majlis ini mencerminkan penghargaan jabatan terhadap jasa dan pengorbanan pegawai serta anggota yang telah menabur bakti sepanjang perkhidmatan mereka.