JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA KURSUS ADVANCED INDUSTRIAL FIRE FIGHTING DI NPC TRAINING CENTRE RAYONG THAILAND
BERAKAS, Selasa, 03 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghantar empat orang pegawai iaitu Penguasa Kanan Bomba Yang Mulia Amirul Hadi bin Haji Junaidi, Pegawai Balai Yang Mulia Muhammad Hazwan bin Mawang, Pegawai Balai Mohammad Firdaus bin Yusoff dan Penolong Pegawai Balai Yang Mulia Muhammad Nazirul ibn Hasli untuk menghadiri jemputan sebagai peserta Kursus Advanced Industrial Fire Fighting yang bertempat NPC Training Centre Rayong Thailand dan akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 04 Februari 2026 hingga 06 Februari 2026.
Latihan ini akan memberi pendedahan berguna mengenai kemahiran pegawai / anggota memadam kebakaran hydrocarbon & petrochemical dan meningkatkan kepakaran menangani kecemasan ini bertepatan dengan sasaran jangkamasa pendek jabatan untuk pembangunan modal insan dalam bidang berkenaan. Ini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada keupayaan positif jabatan berhadapan dengan cabaran perkembangan industri minyak dan gas yang semakin pesat di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir bagi mengucapkan selamat berlayar ialah Penguasa Bomba, Yang Mulia Sophian bin Haji Mohd Yussuff bersama anggota Bomba pada pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas.
Majlis seterusnya diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama, Yang Mulia Ustaz Haji Awang Shamsuri bin Haji Tuah.