gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PAVO POINT MENGADAKAN LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN

Bandar Seri Begawan, Khamis, 18 Disember 2025 – Seramai 217 orang pegawai dan kakitangan Pavo Point telah menyertai Latihan Pengosongan Bangunan yang diadakan pada 17 Disember 2025 bagi memperkukuhkam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.

Latihan yang bermula pada jam 09 00 pagi itu bertujuan untuk menguji keberkesanan Standard Operating Procedure (SOP) yang sedia ada. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform penting bagi memastikan pegawai dan kakitangan Pavo Point mahir dengan langkah-langkah pengosongan bangunan secara selamat dan teratur sekiranya berlaku kebakaran.

Senario latihan simulasi itu melibatkan senario kebakaran yang berpunca daripada lintar pintas elektrik di bilik stor, tingkat 9 di dalam bangunan tersebut. Sebaik sahaja penggera kecemasan dibunyikan, semua kakitangan telah mengikut arahan Fire Marhsal yang terlatih untuk berkumpul ke Assembly Point yang dikhaskan.

Sepanjang latihan dijalankan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Semua penghuni bangunan berjaya keluar dengan selamat dan berkumpul di lokasi yang ditetapkan bagi sesi pengiraan (Head Count).

Latihan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memperkukuh budaya keselamatan kebakaran, bukan sahaja di Pavo Point, malah dalam kalangan institusi awam dan kerajaan secara amnya.