KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG SENGKARAI TUTONG
TUTONG, Isnin, 16 Dis 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima panggilan Kebakaran Rumah pada sebelah petang. Seramai 14 orang anggota dan tiga buah jentera dari Balai Bomba Tutong, diketuai Timbalan Pegawai Balai Rinald bin Tingng telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian didapati api besar membakar sebahagian rumah jenis banglo. Anggota Bomba segera memadamkan mengunakan satu jet hos. Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan seperti berikut:
✅ Pastikan menutup suis dapur (switch off) selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah / bangunan.
✅ Pastikan penyelenggaraan hos serta sambungan tong gas dilakukan oleh syarikat bertauliah mengikut piawaian yang ditetapkan JBP.
✅ Jangan tinggalkan masakan tanpa pengawasan.
✅ Lengkapkan rumah / bangunan dengan peralatan keselamatan kebakaran seperti Alat Pemadam Api jenis Debu Kering dan Selimut Api (Fire Blanket).
✅ Ketahui cara penggunaan alat pemadam api dengan betul bagi tindakan awal semasa kebakaran kecil.