KEBAKARAN RESTORAN KK KOYA DI KAWASAN KAMPUNG LUGU
LUGU, 19 Disember 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Restoran KK Koya di kawasan Kampung Lugu pada pagi tadi. Tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Jerudong dan Balai Bomba Pengkalan Batu dengan keanggotaan seramai enam belas (16) orang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Mohamad bin Hj Lair telah dikerahkan ke tempat kejadian tersebut.
Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar. Anggota Bomba bertindak mengeluarkan satu (1) jet hos 64mm ke 38mm sebanyak dua (2) batang hos bagi memadam kebakaran di tingkat atas bangunan dan ditambah lagi satu (1) jet hos bagi covering di bahagian bawah bangunan. Air diperolehi daripada bantuan air jentera dari Balai Bomba Pengkalan Batu.
Punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku.
Pegawai bomba yang hadir di tempat kejadian , Penguasa kanan Mohd Shahreeni bin Hj Muhd Yussof Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi F dan Pemangku Penguasa Norsallehuddin bin Hj Awg Mohd Hussin Station Commander Balai Bomba Jerudong I.