gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH SKIM TANAH KURNIA RAKYAT JATI KAMPUNG LUMAPAS

Bandar Seri Begawan, 10hb Ogos 2025, Ahad – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kebakaran Rumah di kawasan STKRJ Kampung Lumapas. Sebanyak tiga(3) buah jentera bomba dengan 11 orang anggota dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Haji Nordin Bin Ahmad ke tempat kejadian.

Sampai di tempat kejadian didapati sebuah rumah terbakar. Anggota bomba segera bertindak memadamkan kebakaran tersebut menggunakan 3 jet hos dan air diperolehi dari pili bomba yang bedekatan. Api dapat dikawal dalam masa 15 minit dari merebak.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa dilaporkan.

Dikeluarkan oleh
Bahagian komunikasi korporat
Cawangan Operasi ‘D’