gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PERTANDINGAN FIREFIGHTER CHALLENGE BAGI TAHUN 2025

Berakas, Sabtu, 09 Ogos 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menganjurkan pertandingan Firefighter Challenge 2025, seramai 21 orang peserta terdiri daripada anggota JBP telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung dari 06 hingga 09 Ogos 2025 bertempat di kawasan Padang Kawad, Ibu Pejabat JBP, Landasan Lama Berakas.

Pemenang-pemenang pertandingan ini adalah seperti berikut:
– Ahli Bomba 1446 Mohammad Hafiz bin Murni, Cawangan Ops. C (tempat pertama);
– Ahli Bomba 1431 Mohammad Aiman Azizi bin Zoerazimi, Cawangan Ops. D (tempat kedua);
– Ahli Bomba 1347 Mohammad Safrawie bin Latip, Cawangan Ops. G (tempat ketiga);
– Ahli Bomba 1460 Mohammad Ardi Hafizan bin Mohamad, Cawangan Ops. C (tempat keempat); dan

– Ahli Bomba 1185 Abdul Muiz bin Haji Hamdan, Cawangan Ops. B (tempat kelima).

Dalam pertandingan ini, peserta diuji masa dalam menyelesaikan 10 task yang disediakan dan masa terpantas akan diambil kira sebagai pemenang. Task-task berkenaan adalah seperti berikut:

1. Speed donning;
2. Menarik 2 aliran hos Flaking 64mm;
3. Menggulung semula 2 aliran hos 64mm;
4. Membawa hos flaking naik ke tingkat 2 bangunan menggunakan tangga double extension dan meletakkan hos tersebut sebelum meneruskan naik ke tingkat 4 tower untuk memulakan task 5;
5. Menarik 2 batang hos menggunakan tali dari tingkat 2 tower ke tingkat 4;
6. Membawa turun hos flaking dari tingkat 2 bangunan dengan menggunakan tangga double extension;
7. Mengangkat 2 biji tong foam dan meletakkan ke garis penamat sejauh 30m;
8. Membuat tyre flip lebih kurang ke jarak 30m;
9. Membawa mangsa (Dummy) ke jarak lebih kurang 30m; dan

10. Membunyikan lonceng di garisan penamat bagi memberhentikan masa.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi pertandingan tersebut ialah Pemangku Pengarah JBP, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh.

Turut hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut ialah Timbalan Pengarah JBP, Yang Mulia Awang Shahrin bin Haji Mohd. Jawie, Penolong Pengarah Operasi, Yang Mulia Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan JBP.