gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English
RIMBA, Khamis, 12 November 2026 – Balai Bomba Rimba telah menerima kunjungan daripada Sekolah Rendah Sultan Abdul Mubin sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan seramai 40 orang peserta, terdiri daripada murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan.

Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Stesen Komander Balai Bomba Rimba bersama anggota Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ā€˜C’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Sepanjang lawatan tersebut, para rombongan telah diberikan taklimat mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab JBP dalam melindungi nyawa dan harta benda, khususnya dalam aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran serta kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Selain itu, rombongan turut berpeluang menyaksikan demonstrasi serta mengenali dengan lebih dekat pelbagai peralatan dan perkakas kebombaan dan penyelamatan, termasuk fungsi serta kaedah penggunaannya dalam menjalankan operasi menyelamat.

Lawatan seumpama ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para peserta, malah turut meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan kebakaran. Pendedahan sejak usia muda diharapkan dapat memupuk sikap bertanggungjawab serta membudayakan amalan sentiasa berwaspada dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.