Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga stesen minyak dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya insiden kebakaran, di samping menguji keberkesanan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan proses pengosongan bangunan dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.
Senario latihan menggambarkan kejadian kebakaran yang berpunca daripada salah satu lubang penutup tangki simpanan minyak bawah tanah yang terletak berhampiran bahagian belakang lori tangki.
Latihan seumpama ini merupakan salah satu inisiatif berterusan JBP dalam memperkukuh budaya keselamatan kebakaran serta meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam kalangan sektor awam, swasta dan kerajaan.