gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

TIGA ANGGOTA PANCARAGAM JBP RAIH PENGIKTIRAFAN DALAM KURSUS PERANTARAAN MUZIK 2026

BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Oktober 2026 – Majlis Penutupan Kursus Perantaraan Muzik bagi Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Konsert Wira Seni, Pancaragam, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Kursus yang bermula pada Januari 2026 dan berakhir pada 14 Oktober 2026 ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran muzik dalam kalangan para peserta.

Tiga (3) orang anggota Pasukan Pancaragam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menyertai kursus berkenaan dan Dua (2) orang anggota berjaya meraih pengiktirafan atas pencapaian cemerlang masing-masing.

Ahli Bomba No. 1089 Pengiran Mohd Hazlan bin Pengiran Haji Idris telah dianugerahkan Peserta Terbaik Teori Muzik, manakala Ahli Bomba Wanita Kelas Satu No. 1007 Erni Yusnita binti Yuzzeni menerima anugerah Peserta Terbaik Repertoire (Solo).

Penyampaian sijil dan anugerah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Kolonel Haji Ismadi bin Haji Jumat, Pengarah Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, ABDB.

Turut hadir ialah Pegawai Balai Aliman bin Haji Salleh, selaku Ketua Pancaragam JBP, bagi menyaksikan pencapaian kedua-dua anggota tersebut.

JBP merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua anggota atas kejayaan yang diraih, hasil komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam mempertingkatkan kemahiran muzik. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan jabatan, malah mencerminkan kesungguhan anggota dalam mengembangkan potensi diri serta meningkatkan profesionalisme melalui bidang muzik beruniform.

JBP berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada anggota lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing, sekali gus mengharumkan nama jabatan.