KURSUS ELECTRICAL ASPECTS OF FIRE INVESTIGATION, MALAYSIA
BERAKAS, Ahad, 04 Oktober 2026– Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghantar dua orang Pegawai bagi mewakili Jabatan untuk menghadiri kursus bagi Electrical Aspects of Fire Investigation bermula pada 05 hingga 09 Oktober 2026 yang bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah. Pegawai-pegawai yang dihantar adalah :-
1/. Pegawai Balai Bomba Dan Penyelamat Saerah binti Sapai
2/. Timbalan Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Hajah Nurul Hamizah binti Haji Abdul Hamid
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi peserta dalam mengenal pasti serta menentukan punca kebakaran yang melibatkan sistem dan pemasangan elektrik. Peserta akan didedahkan kepada teknik-teknik penyiasatan terkini, termasuk kaedah pemetaan arka elektrik (Arc Mapping) serta latihan secara praktikal dalam memahami struktur litar elektrik, mengenal pasti kerosakan atau kegagalan komponen elektrik dan menentukan titik asal kebakaran berdasarkan bukti yang diperoleh. Kursus ini turut memberi penekanan kepada penyiasatan yang sistematik dan berasaskan bukti dalam menetukan sama ada sistem elektrik atau komponen elektrik tertentu mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran. Kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini adalah bagi meningkatkan keupayaan pegawai dan anggota yang terlibat dalam penyiasatan kebakaran, khususnya dalam menjalankan analisis terhadap aspek elektrik secara lebih terpinci, tepat dan professional.