gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

THE FIRST EXERCISE PLANNING TEAM (EPT) MEETING FOR THE ASEAN REGIONAL DISASTER EMERGENCY RESPONSE SIMULATION EXERCISE 2027 (ARDEX-2027) DI SINGAPORE

BERAKAS, Ahad, 04 Oktober 2026– Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghantar seorang Pegawai bagi mewakili Jabatan untuk menghadiri jemputan bagi The First Exercise Planning Team (EPT) Meeting for The ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2027 (ARDEX-2027) yang dianjurkan oleh Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) bermula pada 05 hingga 06 Oktober 2026 di Republik Singapura. Pegawai yang mewakili Jabatan adalah Pegawai Balai Bomba Dan Penyelamat Norlila binti Haji Abdul Hadi.

ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise (ARDEX-27) dijadualkan diadakan Singapura pada 14 hingga 16 September 2027 di Republik Singapura. Latihan ini merupakan latihan simulasi berskala penuh yang bertujuan untuk menguji, mempraktikkan dan menilai mekanisme tindak balas kecemasan serta pengurusan bencana ASEAN, disamping memperkukuh keupayaan dan penyelarasan serantau.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan menyemak perancangan ARDEX-27, termasuk senario latihan, garis masa, elemen yang akan diuji, penyertaan Negara-Negara Anggota ASEAN serta pengaturan logistik.