gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI PUSING KELILING BERIBI BERDEKATAN BANK OF CHINA.

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 September 2026, Sabtu – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kebakaran kenderaan di sebelah malam di pusing keliling beribi berdekatan bank of china. Sebuah jentera bomba dengan keramaian tujuh (7) orang anggota dari Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Pengiran Md Jefri Bin Pengiran Haji Aliuddin dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

Ahli Bomba bertindak memadam menggunakan dua (2) jet hos reel. Air diperolehi dari tangki Jentera Bomba Water Tender Ladder / 38 .

Apabila sampai ditempat panggilan didapati api besar membakar keseluruhan sebuah kereta di tepi jalanraya yang mana pemandu pemilik kereta telahpun keluar sendiri sebelum jentera bomba sampai dan tidak mendapat sebarang kecederaan. Punca api dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan serta tidak ada korban jiwa dilaporkan.