gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN SIRI KEDUA TAHUN 2026 (LBK 02/2026)

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 September 2026 – Majlis Penutup Latihan Bencana Kebangsaan Siri Kedua Tahun 2026 (LBK 02/2026) telah disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategik, Dasar dan Korporat), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, bertempat di Bridex Hall, Jerudong.

Latihan ini melibatkan seramai 197 peserta daripada 39 agensi, merangkumi agensi kerajaan, keselamatan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Pelaksanaan latihan bertujuan menguji serta memperkukuh koordinasi rentas agensi, kesiapsiagaan operasi, rantaian arahan dan pengurusan bencana secara bersepadu.

LBK 2026 yang dilaksanakan dalam dua siri, iaitu pada 23 hingga 25 Jun dan 15 hingga 17 September 2026, turut memberi penekanan kepada semakan dan pengesahan Prosedur Operasi Standard Kebangsaan (NASOP) serta memperkukuh pendekatan Whole-of-Nation dalam menghadapi risiko bencana yang semakin kompleks.

Latihan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan, keselamatan dan daya tahan negara dalam menghadapi sebarang ancaman bencana.