gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KUNJUNGAN HORMAT OLEH LT COL VINCENT, DEFENCE ATTACHÉ, KEDUTAAN PERANCIS DI SINGAPURA KE IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 06 Julai 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima kunjungan hormat daripada Lt Col Vincent, Defence Attaché, Kedutaan Perancis di Singapura yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Adiyat, Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, bersama Pemangku Timbalan Pengarah, Pemangku Penolong Pengarah, pegawai-pegawai pemerintah serta pegawai-pegawai Jabatan.

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan pertukaran cenderahati sebagai tanda penghargaan dan persahabatan antara kedua-dua pihak. Rombongan kemudiannya mengadakan lawatan ke kawasan yang sering terjejas akibat kebakaran hutan di kawasan Rimba bagi meninjau keadaan di lapangan