gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

GURU, PEGAWAI DAN KAKITANGAN SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Rabu, 1 Julai 2026 – Seramai 15 orang guru, pegawai dan kakitangan dari Sekolah Menengah Chung Hwa mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari pada 29 Jun hingga 1 Julai 2026 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa dan Bilik Theater Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi swasta serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.