INSARAG GLOBAL MEETING DAN OTHER RELATED MEETINGS 2026
Your Title Goes Here
Bandar Seri Begawan, Sabtu, 05 Julai 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghantar seorang pegawai bagi mewakili jabatan untuk menghadiri INSARAG Global Meeting and Other Related Meetings yang berlangsung di Foz do Iguaçu, Negeri Paraná, Brazil dari 06 hingga 10 Julai 2026. Pegawai yang mewakili ialah Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Shahrin bin Haji Mohd Jawie.
Penyertaan dalam mesyuarat tahunan ini merupakan salah satu kriteria utama di bawah Compliance Framework (Instrumen Pematuhan) INSARAG, yang bertujuan membincangkan hala tuju strategik INSARAG, pembangunan kapasiti Pasukan Urban Search and Rescue (USAR), standard operasi antarabangsa, proses INSARAG External Classification (IEC) serta pelbagai isu teknikal berkaitan operasi USAR di peringkat global dan serantau.
Semoga penyertaan ini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa, meningkatkan keupayaan pasukan USAR negara serta menyokong usaha berterusan Jabatan Bomba dan Penyelamat ke arah kecemerlangan dalam pengurusan operasi mencari dan menyelamat di peringkat antarabangsa.