gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH RPN KAMPONG RIMBA

Bandar Seri Begawan, Rabu 3 Jun 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Rumah di kawasan RPN Kampong Rimba waktu tengah hari. Seramai 13 orang anggota dan dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Pengiran Mazidi bin Pg Hj Sarudin oleh dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sampai di tempat panggilan didapati api besar membakar keseluruhan tingkat atas rumah jenis 2 tingkat yang mana kesemua penghuni telahpun keluar dengan selamat sebelum Bomba sampai.

Ahli-Ahli Bomba bertindak dengan 1 Pasukan pemakai set alat pernafasan memadam dengan menggunakan 3 jet hos 64 mm ke 38 mm. Api dapat dikawal dalam masa 3 minit.

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Antara Pegawai yang hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’ Penguasa Bomba Ajahrin bin Awg Mail bersama Stesen Komander Balai Bomba Rimba, Pegawai Balai Hj Mohammad Noor bin Haji Ahad.