KEMALANGAN KERETA DI KAWASAN LEBUHRAYA MUARA TUTONG
TUTONG, Selasa, 02 Jun 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghadiri panggilan kemalangan jalanraya yang telah berlaku di Lebuhraya Muara Tutong sekitar jam 7.00 malam.
Dua buah jentera bomba dengan 6 orang anggota diketuai oleh DSO Rinald dari Balai Bomba Tutong hadir ditempat panggilan.
Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah kenderaan jenis sedan mendapat kemalangan sendiri. Seorang mangsa didapati terperangkap disebelah penumpang dan dapat dikeluarkan dalam masa 5 minit.
Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak paramedic bagi rawatan selanjutnya.