LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH NUSA LAILA PUTERI TANJUNG BUNUT KE BALAI BOMBA PENGKALAN BATU
Pengkalan Batu, Sabtu, 23 Mei 2026 – Balai Bomba Pengkalan Batu menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Nusa Laila Puteri Tanjung Bunut dengan keramaian 78 orang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru.
Ketibaan rombongan lawatan dialu-alukan oleh Pemangku Stesen Komander & Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘F’. Para pelawat diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba. Mereka turut melihat secara dekat perkakas menyelamat dan menaiki jentera bomba.