gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH PENGLIMA BARUDIN LIMAU MANIS KE BALAI BOMBA PENGKALAN BATU

Pengkalan Batu, Sabtu, 16hb May 2026 – Balai Bomba Pengkalan Batu menerima lawatan sambil belajar dari Sekolah Rendah Penglima Barudin Limau Manis dengan keramaian 38 orang terdiri daripada murid-murid dan guru-guru.

Ketibaan rombongan lawatan dialu-alukan oleh Pemangku Stesen Komander & Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘F’. Para pelawat diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba. Mereka turut melihat secara dekat perkakas menyelamat dan menaiki jentera bomba.