MEGAMAS TRAINING COMPANY SDN BHD MENJALANKAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN
KUALA BELAIT, Selasa, 19 Mei 2026 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘B’ telah mengendalikan latihan kebakaran dan pengosongan bangunan bersama 108 orang kakitangan daripada Megamas Training Company Sdn Bhd. Sebanyak tiga buah jentera dari Balai Bomba Kuala Belait dengan 13 orang anggota yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Muhd Ermie Hasbullah bin Abdullah Mahari telah dikerahkan ke tempat kejadian.
Senario latihan melibatkan kebakaran di sebuah bilik asap tebal, di mana lima orang mangsa didapati terperangkap akibat mengalami kecederaan semasa proses pengosongan bangunan dijalankan.
Anggota bomba segera bertindak memadamkan kebakaran dengan mengeluarkan dua aliran jet hos 64mm ke 38mm menggunakan 7 batang hos, manakala dua pasukan alat pernafasan telah menjalankan operasi menyelamat mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada pihak paramedik untuk tindakan selanjutnya. Bekalan air diperoleh daripada tangki jentera bomba secara relay dari pili bomba yang berdekatan.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran, di samping memberi pengetahuan mengenai tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran. Latihan kebakaran seperti ini disarankan untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.