gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN HUTAN DI RANCANGAN PERUMAHAN NEGARA KAMPUNG RIMBA

Bandar Seri Begawan, Selasa, 24 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kebakaran Hutan yang berlaku pada sebelah tengahari. Seramai 40 orang anggota yang diketuai oleh Pemangku Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Haji Mohammad Nor bin Haji Ahad dengan enam buah jentera dari Balai Bomba Rimba serta bantuan dari Balai Bomba Lambak Kanan dan Balai Bomba Berakas telah dikejarkan ke insiden tersebut.

Apabila sampai ditempat panggilan, didapati api besar dan melarat di kawasan bukit-bukau.

Ahli Bomba bertindak memadam menggunakan 8 aliran hos 64 mm ke 38 mm serta menggunakan control dividing breeching dan juga menggunakan snap tank dan fire beater. Air diperolehi dari pili-pili bomba berdekatan relay ke tangki jentera bomba.

Luas Kebakaran 50 hektar di atas tanah kerajaan. Punca kebakaran tidak dapat dipastikan.

Pegawai Bomba yang hadir:
YM ADFR (O) Nohi Irwan Surkarki Bin Haji Pawi, Penolong Pengarah Operasi dan YM SSFR Ema Azeema Bte Haji Abdul Kader Jailani, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’.