gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS PENYERAHAN BAYARAN MANAFAAT INSURAN , PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA BAGI ANAK-ANAK YATIM ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERTA MAJLIS PENUTUP TADARUS KHATAM AL-QURAN TAHUN 1447H

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Penyerahan Bayaran Manafaat Insuran, Penyerahan Sumbangan Derma kepada Anak-Anak Yatim anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta diselajarkan Majlis Penutup Tadarus Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan 1447H yang telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.

Majlis dimulakan dengan penyerahan cheque manafaat Insuran dibawah Insuran Keluarga Berkelompok Jabatan bagi Allahyarham Ahli Bomba Kelas Satu Mohd Safprin bin Abdullah Sajohan yang pernah bertugas di Cawangan Operasi C yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Disember 2025 kepada penerima wasi iaitu isteri kepada Allahyarham.

Majlis pagi tersebut telah diikuti dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Derma bagi seramai 21 orang anak-anak yatim dalam kalangan keluarga anggota jabatan ini.Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban perbelanjaan serta menceriakan persiapan mereka dalam menyambut kedatangan bulan syawal yang bakal menjelang.

Turut dimuatkan di dalam majlis berkenaan adalah penyerahan kotak- kotak minuman sempena Hari Raya yang akan datang kepada anggota-anggota Bomba yang akan bertugas di lapangan sepanjang musim Hari Raya berkenaan. Kesemua 7 pejabat operasi yang mewakili 22 buah balai dan juga Pusat Gerakan telah diagihkan kotak- kotak minuman berkenaan.

Majlis pagi tersebut kemudiannya telah diakhiri dengan Majlis Penutup Tadarus Khatam Al-Quran Jabatan yang telah dimuatkan dengan bacaan tahtim dan doa khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran atas kelancaran majlis serta keberkatan sepanjang bulan suci Ramadhan.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Turut hadir ialah Timbalan Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan jabatan.