gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH DI LORONG TENGAH SERIA

SERIA, Selasa, 24 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Rumah di Lorong Tengah Seria yangmana kejadian berlaku pada awal pagi. Seramai 10 orang anggota dan tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Seria diketuai oleh Pmk. Pegawai Balai Md Isa bin Haji Abu Bakar telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah rumah dua (2) tingkat jenis konkrit dan kayu beratapkan spandik. Ahli Bomba segera bertindak memadam menggunakan 3 jet hos dan air diperolehi daripada pili bomba yang berdekatan relay ke jentera bomba. Api dapat di kawal dalam masa 45 minit.

Punca api dan kerugian masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa berlaku.