gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEKERJA SYARIKAT JOFFREN OMAR COMPANY SDN BHD DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

KUALA BELAIT, Rabu, 04 Februari 2026 – Seramai 11 orang pekerja telahpun menjalani Kursus Fire Marshal selama 03 hari bermula pada 02 Februari hingga 04 Februari 2026 bertempat di Pejabat Syarikat Joffren Omar Company Sdn Bhd dan Balai Bomba Kuala Belait yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B.

Semasa kursus ini dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-

✅ Sebab dan punca berlakunya kebakaran.
✅ Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran dan membuat latihan pengosongan bangunan.
✅ Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap didalam bangunan.
✅ Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul.