KEBAKARAN KENDERAAN DI KAMPUNG TANAH JAMBU
JALAN MUARA, Selasa, 03 Febuari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Kenderaan pada sebelah petang berdekatan kawasan Jalan Bukit Kebun, Rancangan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu.
Dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Muara dengan keanggotaan seramai 10 orang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Haji Kamal Bin Haji Judin telah dikerahkan ke tempat kejadian tersebut.
Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah kereta. Anggota Bomba bertindak dengan satu pasukan set pemakai alat pernafasan dan memadam menggunakan satu (1) Jet hose 64mm ke 38mm. Air diperolehi dari tangki jentera.
Punca api dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan. Pemandu kereta tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mendapat sebarang kecederaan.