KEBAKARAN KENDERAAN DI KAMPONG PANDAN 5
KUALA BELAIT, Ahad, 01 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kebakaran Kenderaan yang berlaku pada sebelah petang kelmarin. Seramai 10 orang anggota yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Pegawai Balai Muhd Burhanuddin bin Muhd Bakhtiar dengan menaiki tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Kuala Belait telah dikejarkan ke insiden tersebut.
Apabila sampai ditempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah kenderaan jenis salon dan melibatkan tiga buah kenderaan lain dalam keadaan parking akibat bahangan dari kebakaran tersebut.
Ahli Bomba bertindak dengan satu (1) pasukan pemakai set alat pernafasan dan memadam menggunakan dua (2) jet hos 64mm ke 38mm. Air diperolehi dari tangki jentera bomba. Api dapat di kawal dalam masa 5 minit dari merebak.
Punca kebakaran masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa yang berlaku.