gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEGAWAI DAN KAKITANGAN POLITEKNIK BRUNEI DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Khamis, 29 Januari 2026 – Seramai 21 orang pegawai dan kakitangan dari Politeknik Brunei mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 27 hingga 29 Januari 2026 bertempat di Bilik Syarahan Politeknik Brunei Tingkat 7 dan Bilik Theater Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi kerajaan serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.