gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH DI JALAN BINGLU SELATAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Insiden kebakaran rumah pada sebelah petang di Jalan Binglu Selatan, RPN Tanah Jambu.

Tiga (3) buah Jentera dari Balai Bomba Muara dan Balai Bomba Mentiri dengan keanggotaan seramai 18 orang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Md Nazirul Bin Hasli telah di kerahkan ke
tempat kejadian tersebut.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar sebahagian bilik tamu rumah jenis teres dua (2) tingkat dan melibatkan ruang bilik surau. Anggota Bomba bertindak memadam menggunakan 2 Jet hose 64mm ke 38mm. Air diperolehi dari pili-pili bomba yang berdekatan dan tangki jentera.

Punca api dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan. Kesemua penghuni rumah dalam keadaan selamat dan tidak mendapat sebarang kecederaan

Pegawai yang hadir ditempat panggilan Pegawai Balai Muhammad Hazwan Bin Mawang

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan kepada orang
ramai agar sentiasa :
✅ Memastikan menutup (switch off) tambak masak dapur
selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan.
✅ Pastikan penyelanggaran sambungan hos tong gas
dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian
yang dikendalikan oleh Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Tidak meninggalkan masakan di dapur.
✅ Memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan
keselamatan kebakaran iaitu Alat Pemadam Api jenis Debu Kering dan Selimut Api (Fire Blanket).
✅ Memastikan mengetahui mengenai tatacara penggunaan
alat pemadam api dengan betul bagi tindakan awal memadam
kebakaran kecil.