PEGAWAI DAN KAKITANGAN RADIO TELEVISION BRUNEI (RTB) DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL
Bandar Seri Begawan, Khamis, 22 October 2026 – Seramai 14 orang pegawai dan kakitangan dari Radio Television Brunei (RTB) telah mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 20 hingga 22 Oktober 2026 bertempat di Pusat Perkembangan Penyiaran dan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi kerajaan serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.