KURSUS ANTARABANGSA MENCARI DAN MENYELAMAT MARITIM (IMSARC) 2026 DI MALAYSIA
Bandar Seri Begawan, Ahad, 06 September 2026– Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghantar seorang Pegawai bagi mewakili Jabatan untuk menghadiri kursus Antarabangsa Mencari dan Menyelamat Maritim (IMSARC) 2026 di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dari (MTCP) yang dianjurkan oleh Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dari 7hb hingga 16hb September 2026, Pegawai Yang mewakili adalah Penolong Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Abdul Majid bin Hj Abd Wahab.
Kursus ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan amalan terbaik berkaitan operasi mencari dan menyelamat, meningkatkan keupayaan dan kompetensi para jurulatih, serta memperkukuhkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan maritim.
Penyertaan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dalam kursus ini juga merupakan salah satu usaha berterusan jabatan dalam mempertingkatkan kepakaran anggota dan pegawai dalam operasi mencari dan menyelamat di laut, selaras dengan visi untuk memastikan persekitaran maritim yang selamat.
Pihak Jabatan berpendapat bahawa kursus ini merupakan satu peluang keemasan untuk membina hubungan dua hala dan berkongsi kepakaran dengan negara-negara lain dalam bidang SAR Maritim.