gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEKERJA SYARIKAT SEPAKAT ENERGY SERVICES SDN BHD DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

KUALA BELAIT, Rabu, 9 September 2026 – Seramai 15 orang pekerja Syarikat Sepakat Energy Services Sdn Bhd telah berjaya menamatkan Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula pada 7 hingga 9 September 2026.

Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B itu telah diadakan di bangunan syarikat berkenaan dan Balai Bomba Kuala Belait.

Sepanjang kursus tersebut, para peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai:

✅ Sebab dan punca berlakunya kebakaran.
✅ Tindakan yang perlu diambil semasa menghadapi insiden kebakaran serta pelaksanaan latihan pengosongan bangunan.
✅ Tatacara menyelamatkan diri apabila terperangkap di dalam bangunan.
✅ Tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api dengan betul dan selamat.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan peserta dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Fire Marshal di tempat kerja.