gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN HUTAN DI PANTAI TUNGKU

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 4 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melaksanakan operasi memadam Kebakaran Hutan yang berlaku pada 4 September 2026 pada waktu malam di kawasan persekitaran Pantai Tungku.

Sebanyak tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Rimba dan Balai Bomba Berakas, dengan keanggotaan seramai dua puluh (20) orang, telah dikerahkan ke tempat kejadian. Operasi tersebut diketuai oleh PMK Penolong Pegawai Balai Pg Hassanal bin Pg Haji Mat Jair.

Setibanya di tempat kejadian, didapati api besar dan merebak. Kawasan yang terjejas dianggarkan seluas empat (4) hektar di atas tanah kerajaan. Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, terutama ketika keadaan cuaca panas dan kering, bagi mengurangkan risiko berlakunya kebakaran hutan.