TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI SEKOLAH RENDAH LUBOK PULAU TUTONG, KLUSTER 5.
Tutong, 31 Ogos 2026 – Seramai 90 orang warga Sekolah Rendah Lubok Pulau Tutong telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pengosongan Bangunan ada 31 Ogos 2026 yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘E’.
Semasa taklimat disampaikan, warga sekolah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori:-
Sebab dan punca berlakunya kebakaran,
mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan. Warga sekolah juga berpeluang melihat lebih dekat jentera dan perkakas-perkakas penyelamat.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.