SUMBANGAN MINUMAN DARIPADA BRUNEI LNG KEPADA BALAI BOMBA SUNGAI LIANG
SUNGAI LIANG, Khamis, 20 Ogos 2026 – Balai Bomba Sungai Liang telah menerima sumbangan berupa minuman daripada Brunei LNG sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan komitmen berterusan keanggotaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan masyarakat.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Brunei LNG dan diterima oleh Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Pegawai Balai Razali Haji Umar, bagi mewakili seluruh keanggotaan balai berkenaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Brunei LNG atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan kepada keanggotaan Balai Bomba Sungai Liang.