MALAM KE-6 DIKIR MAULUD DI MASJID AS-SALAM, KG. JUNJONGAN
Masjid As-Salam, Kg.Junjongan, Selasa, 18 Ogos 2026 – Seramai 13 orang Pendikir Bomba daripada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri jemputan pada malam ke-Enam bertarikh 06hb. Rabiulawal, 1448H bersamaan dengan 18hb. Ogos, 2026. Sempena Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi tahun 1448 hijrah / 2026 masihi di Masjid As-Salam, Kg.Junjongan.
Majlis didahulukan dengan solat fardhu maghrib berjemaah yang diketuai oleh Imam Masjid tersebut dan diteruskan dengan persembahan Dikir Khairuman (Syarafil Annam) beramai-ramai yang dipimpin oleh ASO Rufidzan bin Haji Ahmad,Majlis diakhiri dengan dikir Badriyyah (Selawat) & Qul Ya Adzim (Qasidah) yang dibawai oleh ABKS769 Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud, serta doa selamat.