MALAM KE-9 DIKIR MAULUD DI MASJID JAME' ASR HASANIL BOLKIAH, KG. KIARONG
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 21 Ogos 2026 – Seramai 17 orang Pendikir Bomba daripada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri jemputan pada malam ke-sembilan bertarikh 09 Rabiulawal, 1448H bersamaan dengan 21 Ogos, 2026. Sempena Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi tahun 1448 hijrah / 2026 masihi di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Kg Kiarong.
Majlis didahulukan dengan solat fardhu maghrib berjemaah yang diketuai oleh Imam Masjid tersebut dan diteruskan dengan persembahan Dikir Khairuman (Syarafil Annam) beramai-ramai yang dipimpin oleh ABKS 769 Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud, Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban (Syarafil Annam) dibawai oleh ABKS 769 Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud, serta doa selamat.