STELLA' SCHOOL CAWANGAN MANGGIS DAN SUNGAI AKAR DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Julai 2026 – Seramai 10 kakitangan daripada Steela’s School Cawangan Manggis dan Sungai akar telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga (3) hari, bermula pada 27 hingga 29 Julai 2026, bertempat di Balai Bomba Rimba.
Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘C’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, khususnya insiden kebakaran.
Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai aspek keselamatan kebakaran, peranan dan tanggungjawab Fire Marshal, prosedur tindakan kecemasan, penggunaan alat-alat pemadam api serta tatacara pengungsian bangunan. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah penyelarasan dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan di sekolah masing-masing.
Kursus ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan koordinasi antara pihak swasta dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam memastikan aspek keselamatan kebakaran sentiasa diberi perhatian dan diperkasakan melalui latihan yang berterusan.
Melalui kursus ini, para peserta diharap akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal dengan lebih berkesan, khususnya dalam memastikan tahap kesiapsiagaan, keselamatan penghuni serta pelaksanaan prosedur kecemasan di bangunan atau sekolah masing-masing sentiasa berada pada tahap yang baik.