gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

AMIPROSIMPUR SDN BHD DAN SPHERE SECURE SERVICES DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Julai 2026 – Seramai 28 orang pegawai dan kakitangan daripada AMIPROSIMPUR SDN BHD dan SPHERE SECURE SERVICES telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga (3) hari, bermula pada 20 hingga 22 Julai 2026, bertempat di Balai Bomba Rimba.

Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ā€˜C’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan, khususnya insiden kebakaran.

Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai keselamatan kebakaran, peranan dan tanggungjawab Fire Marshal, prosedur tindakan kecemasan, penggunaan alat pemadam api serta tatacara pengungsian bangunan. Peserta turut didedahkan kepada kaedah koordinasi dan tindakan awal yang bersesuaian sekiranya berlaku kecemasan di premis masing-masing.

Kursus ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan koordinasi antara pihak swasta dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam memastikan aspek keselamatan kebakaran sentiasa diberikan perhatian serta dipantau secara berterusan.

Melalui kursus ini, para peserta diharap akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal dengan lebih berkesan, khususnya dalam memastikan tahap kesiapsiagaan, keselamatan penghuni serta prosedur kecemasan di bangunan atau premis masing-masing sentiasa berada pada tahap yang baik.