gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH DI PEKAN TUTONG

TUTONG, Rabu, 09 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan Kebakaran rumah pada jam 08:54 malam di Kampung Panchor Dulit, Pekan Tutong.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengkerahkan seramai 14 orang anggota dan tiga (03) buah jentera dari Balai Bomba Tutong dan Balai Bomba Bukit Beruang diketuai Timbalan pegawai Balai Rinald bin Tingng dan Pemangku Penolong Pegawai Balai Azamain bin Haji Abdul Fattah telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian didapati api besar membakar keseluruhan rumah jenis dua (02) tingkat. Anggota bomba segera memadamkan menggunakan tiga (03) jet hos. Api dapat dikawal dalam masa 20 minit.

Tiada kemalanga jiwa dilaorkan. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

Antara pegawai yang hadir ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘ E ‘ SSFR Hj Afiq bin Hj Julah bersama SFR Pg Hazizul Syambas bin Pg Hj Ahmad Supri, Timbalan Pemerintah Operasi E dan ASFR Mohd Harris bin Haji Mohd Zaini.