gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA PERINGKAT SEKOLAH (SCHOOL-BASED DISASTER RISK MANAGEMENT – SBDRM) DI SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA HASSAN, KILANAS

Daerah Brunei Muara, Rabu, 22 Julai 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah turut serta dalam sama-sama menjayakan Program Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Sekolah (School-Based Disaster Risk Management – SBDRM) yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, Kilanas anjuran Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Seramai 86 orang penuntut telah mengikuti taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal tatacara mengangkat mangsa yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu pejabat dan Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi F.

Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan, serta kepentingan mematuhi prosedur pemindahan bangunan bagi memastikan keselamatan semua penghuni sekolah serta meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah terhadap risiko bencana serta aspek keselamatan kebakaran.

Program seumpama ini diharapkan dapat memupuk budaya keselamatan dalam kalangan warga sekolah serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang bencana dan situasi kecemasan.