KAKITANGAN LOJI AIR BATANG DURI DAN LOJI AIR SUMBILING TEMBURONG MENGIKUTI LATIHAN KEBAKARAN & PENGOSONGAN BANGUNAN.
Temburong, pada 7 julai 2026 Kakitangan Loji Air Batang Duri dan Loji Air Sumbiling dengan keramaian seramai 28 orang telahpun mengikuti latihan kebakaran serta pengosongan bangunan yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan `G’.
Tujuan latihan adalah untuk memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran serta mengetahui tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran.
Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.