PENYAMPAIAN SIJIL MASYARAKAT BERJASA
KUALA BELAIT, Isnin, 06 Julai 2026 – Cawangan Operasi B mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa kepada Haji Ismail bin Rajap atas tindakan pantas dalam menangani kejadian kebakaran yang berlaku pada 15 Jun 2026 di Jalan Setia Pahlawan, Kuala Belait.
Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Amirul Hadi bin Haji Junaidi, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B.