gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEKERJA SYARIKAT CIC ENVIROMENTAL SERVICES SDN BHD DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

KUALA BELAIT, Rabu, 01 Julai 2026 – Seramai 14 orang Pekerja Syarikat Enviromental Services Sdn Bhd telahpun menjalani Kursus Fire Marshal selama 03 hari bermula pada 29 Jun hingga 01 Julai 2026 bertempat di Bangunan Syarikat tersebut dan Balai Bomba Kuala Belait yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B.

Semasa kursus ini dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-

✅ Sebab dan punca berlakunya kebakaran.
✅ Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran dan membuat latihan pengosongan bangunan.
✅ Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap didalam bangunan.
✅ Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul.