gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

BEN FOODS (B) SDN.BHD MENGIKUTI KURSUS LIFESAVER 995

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Jun2026 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi F telah mengendalikan Kursus Lifesaver 995 kepada Ben Foods (B) Sdn. Bhd, Kampung Lugu seramai 32 orang yang telah diadakan selama satu (1) hari di kawasan Ben Foods.

Matlamat kursus ini diterapkan kepada para peserta adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran serta selaku petindak awal dalam menangani sebarang kebakaran.