PEGAWAI DAN KAKITANGAN JERUDONG PARK MEDICAL CENTRE (JPMC) , BRUNEI GAS CARRIERS ( BGC ) DAN KOPAZ DAYCARE DIIKHTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL
Bandar Seri Begawan , Rabu , 13hb Mei 2026 – Seramai 43 orang kakitangan dari JPMC , BGC dan Kopaz daycare telahpun mengikuti kursus Fire Marshal yang telah dijalankan selama 03 hari bertempat di Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Berakas yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi âFâ Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan, memperkukuh koordinasi pelan kecemasan, serta memberi penekanan terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja. Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada tatacara menyelamatkan mangsa semasa kebakaran, di samping memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal dalam memastikan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis sentiasa dalam keadaan baik dan dipantau secara berterusan.