gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

59 PAIN DARAH BERJAYA DIKUMPUL DALAM KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BAGI DAERAH BRUNEI MUARA SEMPENA HARI ULANG TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT YANG KE-66 TAHUN

Berakas, Sabtu, 09 Mei 2026 – Kempen Derma Darah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dengan kerjasama pusat penderma darah, perkhidmatan makmal, Kementerian kesihatan telah berjaya mengumpulkan 59 pain darah dari 77 orang pendaftaran yand berlangsung pada jam 09.00 pagi hingga 3.00 petang di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas.

Kempen tahunan ini bertujuan untuk membantu menambah bekalan darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), disamping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menderma darah sebagai satu langkah yang mampu menyelamatkan nyawa. Tambahan lagi, aktiviti menderma darah turut memberi manfaat Kesihatan kepada penderma.

Jabatan Bomba dan Penyelamat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital RIPAS, atas kerjasama padu dan dedikasi yang diberikan, serta kepada semua penderma yang telah turut serta menjayakan kempen di Daerah Brunei Muara ini.