gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN INDUSTRIAL DI KAWASAN MULAUT

Mulaut, Ahad, 10 Mei 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kebakaran di kawasan Industrial Park Jalan Mulaut Ban 6 Kampung Mulaut.

Lima (5) buah Jentera dari Balai Bomba Jerudong, Balai Bomba Pengkalan Batu, Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Balai Bomba Beribi dengan keanggotaan seramai 26 orang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Alinor bin Haji Mohd Zaini telah dikerahkan ketempat kebakaran tersebut.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah bengkel pembaikan jentera-jentera berat dan anggota bomba segera memadamkan kebakaran dengan memakai alat pernafasan (Breathing Apparatus). Air diperolehi dari pili-pili bomba yang berdekatan. Bantuan Water Tanker dari Jabatan Kerja Raya (JKR) turut hadir untuk memberi bantuan air.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih di dalam siasatan.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.